Memahami seks dan gender: perbezaan, andaian dan keganasan.

Memahami seks dan gender adalah penting dalam menghentikan keganasan serta peminggiran individu transgender.

Bukti-bukti kukuh mengesahkan bahawa identiti gender adalah semula jadi kepada semua orang, dan seks/jantina serta gender adalah dua kategori berasingan yang dipunyai oleh semua manusia. Seks mahupun gender bukanlah binari, bermakna tidak terdiri daripada hanya dua identiti.

Seks – gabungan kromosom, organ-organ reproduktif seksual luaran dan dalaman, hormon, serta ciri-ciri seks sekunder – adalah sebuah spektrum, dan ianya tidak menentukan identiti gender kita. Anggapan umum adalah bahawa seks hanya terdiri daripada lelaki iaitu kromosom (XX) atau perempuan (XY). Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang mempunyai pelbagai jenis kromosom (XXX, XO, XXY, dan lain-lain), hormon, dan ciri-ciri fizikal di luar binari lelaki /perempuan, yang dikenali sebagai interseks atau khunsa. Individu dengan ciri-ciri interseks menghadapi cabaran yang unik akibat tekanan untuk menepati lelaki/perempuan binari, termasuk pembedahan alat kelamin tanpa persetujuan mereka, isu-isu imej badan, dan sekatan untuk bersaing dalam acara sukan.

Identiti jantina pula merujuk kepada perasaan peribadi kita dan cara kita rasa, lihat, dan mengenalpasti diri kita, sama ada sebagai lelaki atau perempuan, kedua-duanya, tidak kedua-duanya atau kombinasi mana-mana kategori.

Pada tahun 2015, penyelidikan yang diketuai oleh penyelidik otak Georg S. Kanz, Klinik Universiti bagi Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Perubatan Vienna menunjukkan bahawa identiti jantina adalah sangat peribadi bagi setiap manusia, digambarkan dan boleh disahkan dalam pautan silang di kawasan otak. Laporan itu menyatakan, “Walaupun jantina biologi biasanya dimanifestasikan dalam penampilan fizikal, identiti jantina individu tidak segera dapat dicerap dan penubuhan yang utama dalam jiwa seorang manusia.”

Apabila kanak-kanak dilahirkan, mereka diberikan gender berdasarkan alat kelamin mereka. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang mempunyai faraj ketika lahir diberikan jantina/gender sebagai perempuan, dan kemudiannya dijangka untuk melaksanakan peranan gender khusus untuk identiti tersebut seperti memasak, mengemas, dan akur, dan sebagainya. Manakala mereka yang ditentukan sebagai anak lelaki ketika lahir dijangka menjadi kuat, agresif, bersifat sebagai pelindung bagi yang lain dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penentuan dan andaian sebegini tidak selalunya tepat, kerana alat kelamin tidak menentukan gender seseorang. Seks dan gender adalah dua kategori yang berbeza,dan juga ditentukan oleh komponen yang berbeza dalam badan kita.

Orang yang mempunyai pengalaman hidupnya yang sepadan dengan seks dan gender yang diberikan semasa lahir, mereka dikenali sebagai cisgender, manakala orang yang mempunyai  pengalaman hidup tidak sepadan dengan seks dan gender mereka ketika lahir dikenali sebagai transgender, genderqueer, genderfluid dan lain-lain.

Satu kajian yang dijalankan pada bulan Januari 2015 dengan 32 kanak-kanak transgender berumur antara lima hingga dua belas, yang diketuai oleh ahli sains psikologi Kristina Olson dari Universiti Washington, mendapati bahawa “identiti gender kanak-kanak ini amat tepat dan keputusan yang dihasilkan bukan daripada kekeliruan tentang identiti gender atau berpura-pura”. Para penyelidik menyatakan bahawa “keputusan kami menyokong tanggapan bahawa kanak-kanak transgender tersebut adalah tidak keliru, tertangguh, menunjukkan respon di luar norma gender atau gender a-typical response, berpura-pura, ataupun disebaliknya. Mereka sebaliknya menunjukkan respon sepenuhnya secara biasa dan dijangka untuk kanak-kanak dengan identiti gender mereka tersebut”.

Para penyelidik mendapati respon daripada kanak-kanak transgender tidak dapat dibezakan daripada kanak-kanak cisgender. Data daripada kanak-kanak perempuan transgender menunjukkan corak yang sama dengan data dari kanak-kanak perempuan cisgender, dan data dari kanak-kanak lelaki transgender menunjukkan corak yang sama dengan data dari kanak-kanak lelaki cisgender. Sebagai contoh, kanak-kanak perempuan transgender lebih suka berkawan dengan kanak-kanak perempuan lain dan mereka cenderung dan lebih suka dengan mainan dan makanan yang gadis-gadis lain suka, sama seperti kanak-kanak perempuan cisgender.

Memahami dysphoria gender.       

Manual Diagnostik Statistik (DSM) 5 menjelaskan gender dysphoria sebagai sesuatu pengalaman yang dialami oleh individu yang mendapati pengalama hidup mereka berbeza dengan gender yang diberikan ketika lahir. DSM-5 juga memberikan cadangan untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menyatakan identiti gender sahih mereka.

DSM-5 juga menekankan bahawa dysphoria gender adalah bukan satu mental heath disorder. Gender identity disorder (GID) telah digantikan dengan dysphoria gender dalam DSM terkini untuk mengelakkan stigma dan memastikan akses kepada penjagaan serta sokongan bagi individu yang mendapati pengalaman hidup mereka berbeza daripada gender yang diberikan ketika lahir berdasarkan alat kelamin mereka.

Kepelbagaian gender dalam sejarah manusia                                                                       

Transgender dan individu daripada pelbagai gender, telah dan sentiasa wujud sepanjang sejarah manusia. Michael Peletz di dalam bukunya bertajuk ‘Pluralisme Gender di Asia Tenggara’ mendokumenkan kewujudan sida-sida, yang sama dengan identiti transgender hari ini seperti di istana Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, dan bahagian-bahagian lain di Malaya dan kawasan di Indonesia. Sida-sida tinggal di kamar dalaman istana, dan telah diamanahkan dengan urusan adat istiadat istana serta pemeliharaan kuasa yang khas pemerintah.

Rujukan lanjut kepada sida-sida boleh didapati dalam Hikayat Melayu, seperti Hikayat Amer Hamzah. Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, seorang ahli antropologi Malaysia yang pernah melihat sida-sida di istana semasa beliau seorang kanak-kanak, menggambarkan mereka sebagai diberikan identiti lelaki ketika lahir, yang berpakaian dan berperanan perempuan.

Di Borneo, terdapat beberapa identiti seperti manang bali, basir dan balian, yang digambarkan sebagai individu-individu yang telah diberikan gender lelaki ketika lahir, yang termaktub identiti perempuan serta melaksanakan peranan gender yang dilakukan oleh wanita cisgender. Basir, dalam Gender Pluralism in South East Asia, pula digambarkan sebagai seseorang yang “pakaian seperti seorang wanita dan juga dalam kehidupan peribadinya, membahagikan rambut mereka di tengah-tengah dahi mereka sama seperti seorang wanita (cisgender).” Manang bali, basir dan balian juga pakar ritual, dukun dan bomoh, dan sebagainya.

Identiti yang sama dilihat di seluruh dunia – Hijrah di India; calabai, calalai dan bissu di Indonesia; asog/bayugin di Filipina; Mukhannathun di Mekah dan Madinah; Fa’afafine di Samoa dan New Zealand; Māhū di Hawai’I; two-spirit di Amerika Utara, dan banyak lagi.

Perubahan sikap.                                                                         

Dengan pencerahan and perkembangan dalam pemahaman gender, banyak negara di Amerika Latin, Asia Selatan, Eropah, Amerika Utara dan lain-lain telah memperkenalkan undang-undang pengiktirafan gender yang membolehkan individu transgender menukar nama dan penanda gender (gender marker) dalam dokumen undang-undang tanpa apa-apa intervensi perubatan atau pembedahan. Proses ini dijangka”cepat, telus dan boleh diakses”, berdasarkan penentuan dan keazaman sendiri. Sebagai contoh, Gender Identity, Gender Expression and Sex Characteristics Act in Malta di Malta, memerlukan perisytiharan yang mudah berdasarkan prosedur penentuan sendiri oleh seseorang sebelum notari, dan melarang permintaan untuk mendapatkan maklumat perubatan untuk proses tersebut. Keseluruhan proses tidak melebihi 30 hari.

Realiti di Malaysia.                                                                                        

Diskriminasi dan keganasan terhadap golongan transgender adalah satu fenomena yang bermula pada tahun 80-an. Sebelum waktu itu, individu transgender juga turut menikmati beberapa hak, termasuklah penukaran nama dan identiti gender mereka di dalam dokumen rasmi, seperti kad pengenalan berdasarkan status pembedahan.

Semua 14 negeri di Malaysia mempunyai undang-undang yang menjenayahkan wanita transgender berdasarkan identiti gender dan ekspresi gender, manakala 3 negeri mempunyai undang-undang yang melarang orang perempuan yang berlagak sebagai lelaki atau memakai pakaian lelaki di tempat awam untuk tujuan tidak bermoral. Undang-undang ini telah diperkenalkan antara tahun 1985 dan 2012.

Sebelum fatwa itu dilaksanakan dalam tahun 1983, yang mana melarang pembedahan peneguhan gender untuk golongan trans, pembedahan peneguhan gender ada disediakan oleh doktor tempatan di Hospital Universiti. Selepas itu, golongan transgender tidak lagi boleh menukar nama mereka dan penanda gender dalam dokumen undang-undang mereka. Undang-undang dan fatwa diperkenalkan pada tahun 80-an telah menyebabkan akses kepada hak asasi manusia, termasuklah pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan perumahan, lebih bertambah merosot lagi, yang sekaligus meminggirkan komuniti transgender.

Ini adalah masanya untuk orang ramai memahami bahawa golongan trans adalah normal, tidak berpura-pura,’cross-dressing’, melalui satu-satu fasa, atau tidak pasti identiti gender mereka. Individu transgender hanyalah menyatakan dan mengekspresikan diri mereka, seperti individu cisgender.

Kekurangan pemahaman seks dan gender menyebabkan stigma, diskriminasi, keganasan dan halangan bagi individu untuk mengekspresikan diri mereka serta menjadi diri mereka yang sebenar. Oleh itu, adalah sangat penting bagi orang ramai untuk mendidik diri mereka sendiri dan antara satu sama lain tentang konsep asas seks serta gender yang berpandukan pengalaman hidup seseorang dan pendekatan berasaskan bukti.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s